30 September 2016 - 10:29
Russia Puji Keputusan OPEC Untuk Mengawal Produksi Minyak

Russia memuji tindakan Pertubuhan Negara-Negara Pengeskport Petroleum yang baru -baru ini bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Russia memuji tindakan Pertubuhan Negara-Negara Pengeskport Petroleum (OPEC) yang baru -baru ini bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mereka.

Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak, semalam dipetik berkata bahawa perjanjian yang dicapai di kalangan negara-negara OPEC di dalam usaha mereka untuk mengawal pengeluaran minyak sebagai sebuah perkembangan yang positif.

Menteri berkenaan juga berkata bahawa Moscow sedia untuk bekerjasama dengan pertubuhan tersebut di dalam merealisasikan kepentingan bersama mereka.

Beliau juga menambah bahawa Russia berhasrat untuk mengekalkan pengeluarannya pada tahap semasa sambil melihat harga minyak berada dalam julat $50 hingga $60 setong.

"Harga yang kami umumkan sebelum ini yang berada dalam julat $50 hingga $60 setong merupakan harga yang mampu untuk memenuhi keperluan pengeluar dan juga negara-negara pengguna secara serentak. Menurut pendapat saya, ia merupakan varian yang paling stabil buat masa ini."

Di dalam sebuah pertemuan tidak rasmi di Aljeria pada Rabu lepas, negara-negara OPEC telah bersetuju untuk mengawal pengeluaran di dalam upaya untuk menaikkan harga minyak mentah di pasaran dunia. Mereka telah mengambil keputusan untuk memotong pengeluaran semasa ke tahap 750000 tong sehari.

Semenjak, penarik balikan sanksi yang dikenakan terhadap Iran pada Februari lepas, negara teluk itu telah berusaha untuk mencapai pengeluaran minyak mereka ke tahap yang sebelumnya. Iran yang merupakan pengeluar OPEC yang ketiga terbesar setelah Arab Saudi dan Iraq sebelum ini telah menolak gesaan negara-negara lain yang mahukan negara itu membekukan pengeluarannya.

Negara-negara bukan ahli juga seperti Russia juga akan dijemput untuk menjayakan kesepakatan baru di antara ahli-ahli OPEC tersebut.